Saturday, August 22

perkara-perkara yang membatalkan puasa

Di dalam kita berpuasa, harus diingat perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa kita. di sini adalah perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa. sebenarnya saya baru je bace articel dari tenet, dan x salah kalo kite kongsi sesame...
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
  • Kedatangan haid atau nifas.
  • Gila sekali pun hanya sekejap masa.
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  • Bersalin.
  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
selamat menjalani ibadah Ramadan. semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

No comments: