Wednesday, November 12

baling kerusi


Walaupon topik ini telah lama diperkatakan, tetapi saya disini ingin mengulas sedikit mengenai kejadian tersebut. apakah reaksi anda apabila mendengar berita ini tersebar? adakah anda terkejut? biasa sahaja? tak amik kisah? no komen? hmm... bagi sy perkara ini pelik, tetapi mungkin tak pelik bagi 'depa'. mungkin depa rasa inilah cara yang sesuai bagi mereka untuk menyelesaikan masalah, iaitu dgn cara membaling kerusi.

perkara ini bukan berlaku sekali, tetapi berkali-kali. tak taw la ape nak jadi ngan depa ni, patutnya nk lantik pemimpin hendaklah dgn cara yg adil dan aman, bkn dgn cara yg kasar dan kejam. ini mcm nak lantik ketua kongsi gelap la plak. yang anehnya, mereka dtg berbaju melayu siap dgn sampin lagi dan bukannya dtg dengan memakai baju taekwando. sama 'kaler' pon nk berbalah. sikap kuku besi inilah yg mencerminkan bahawa mereka saling bercakaran untuk merebut takhta. yang pelik nye keris sama keris, wat malu tul ar. agaknye nak tunjuk la yang mane tajam dan yang mane tumpul. betullah kata DrM, melayu mudah lupa....

No comments: