Monday, September 22

RAMADAHAN OH RAMADHAN…

Kedatangan ramadhan yang penuh dengan barokah amatlah dinanti-nantikan, terutamanya kepada umat ISLAM seluruh dunia. Kenape Ramadhan ni dikatekan spesel ek? Ha… ni la yang saya nak habaq mai ni…. Semua org pon taw di bulan yang mulia ini turunnya AL-QURAN, kalo kat mesia ni yg dipanggil hari nuzul Quran..... bulan ni juga terkandung satu malam yg istimewa dan ganjaran pahala kepada mereka yang mendapat mencarinya kerana malam itulah yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan dimana Malaikat dan Roh juga turun.

So sape2 yang rase nak dapat malam lailatulqadar haruslah berusaha kearah itu. Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain macam yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadith Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Berdasarkan pada ayat di atas, kite sume dapat memahami bahawa sungguh besar dan beruntung kepada mereka yang beribadah pada malam tersebut. Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (Hari Ganjil) bulan Ramadhan.

Tanda-tanda malam lailatulqadar pula, Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat. Pada malam itu malaikat Jibrail akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menagis teresak-esak secara tiba-tiba.

Jadi marilah kite bersama2 mencarinya. Insyaallah…

No comments: